Pages

Dikuasakan oleh Blogger.
 

20 Februari, 2017

Seminar untuk si Kecil tetapi membawa harapan yang Besar

0 ulasan
Assalamualaikum.

Pada 18 Feb 2017, telah berlangsungnya seminar Marketing Bisnes Kecil atau MBK oleh Majalah Niaga. Seminar ini ditujukan khas untuk usahawan yang memperolehi keuntungan sebulan RM30,000 ke bawah dan sudah meniaga bawah dari 5 tahun tanpa perkembangan.

Seminar ini menampilkan dua speaker yang hebat, Hasbul Ariff dan Hasbul Aqill. Mereka menyampaikan mesej dan konten yang basic tetapi kurang diketahui ramai. Formula ringkas tetapi padat. Highlight seminar apabila speaker jemputan mereka, Dato Roslan Ab Hamid, menyampaikan mesej yang kuat dan jelas kepada kami, usahawan kecil. "Biar lah merangkak di jalan raya tetapi impian mesti lah ingin terbang di angkasa". Beliau juga berkongsi mengenai SGROWTH yang akan membantu usahawan dalam menetapkan matlamat perniagaan.


Seminar dari 9 pagi ke jam 6:15 petang ini mendatangkan impak yang besar kepada usahawan yang hadir. Tambahan pula, ia adalah edisi terbaru dan juga terakhir sebelum Majalah Niaga melancarkan seminar baru iaitu Marketing Luar Biasa atau MLB pada bulan April 2017.

Juga di seminar itu, duo Hasbul menawarkan kelas berdepan dengan mereka yang dipanggil The Protege. Kelas ini menjanjikan 2 seminar besar dan juga sesi berdepan dengan duo Hasbul. Duo Hasbul akan membantu peserta untuk mengembangkan lagi perniagaan yang sedia ada.

Saya juga diberitahu, permulaan #gengultra juga di MBK. Saya juga personali mengenal Bro Ku dari feed tuan Hasbul Ariff. Apa sahaja produk oleh Majalah Niaga, semestinya berbaloi. Semoga dipanjangkan umur oleh Allah untuk saya menyertai MLB.

0 ulasan:

Catat Ulasan