Assalamualaikum.
Pada 12 Feb 2017, saya telah menyertai kelas eUsahawan 2017 di Cyberjaya, anjuran Malaysia Digital Economy Corporation. Slot saya ditempah khas oleh Bro Ku untuk gengultra. Kami memulakan kelas kami pada pukul 9.30 pagi. Disebabkan kelas kami sebahagian besar dari gengultra, Bro Ku diberikan ruang untuk berucap untuk memulakan sesi kami.
Selepas ucapan dari Bro Ku, kami mulakan dengan mempelajari cara mencari tren di google. Dengan menggunakannya, kami dapat mengetahui apakah kata kunci yang sering di cari di google. Puan Suraya Ali, speaker pertama, mengatakan facebook page dan blog diibaratkan seperti "tingkap", di mana kita hendaklah menyalurkan tetamu yang datang ke "pintu" dan jemput masuk ke "rumah".
Kemudian kami belajar mengenai facebook page dan ads dari Cikgu Rina. Cikgu Rina menerangkan sebahagian fungsi di dalam advert manager untuk digunakan dalam mencari pelanggan yang sesuai dengan produk kita. Lagi tepat demografik pelanggan, lagi mudah kita untuk melakukan jualan.
Seterusnya kami belajar bagaimana mengoptimisasikan instagram sebagai platform mempamerkan produk. Tips seperti mengambil gambar yang sesuai, menggunakan filter, menggunakan hash tag dan pautan ke facebook page. Semuanya dapat digunakan untuk memastikan instagram digunakan secara habisan dalam perniagaan. Instagram juga adalah saah satu "tingkap" yang wajib dipelajari sebelum memasuki dunia perniagaan digital.
Gengultra bergambar dengan Puan Suraya Ali dan Cikgu Rina.
Kelas ini masih lagi berjalan. Boleh dapatkan info kelas di sini. Mereka sangat mengalu-alukan kedatangan usahawan yang ingin mengetahui mengenai asas dalam perniagaan digital.
20 Februari, 2017
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

0 ulasan:
Catat Ulasan