Pages

Dikuasakan oleh Blogger.
 

21 Februari, 2017

Kesihatan, keberkatan dan kekayaan

0 ulasan
Assalamualaikum.

Sebelum saya post mengenai isu isu berat dan ilmu ilmu teknikal, saya nak bincangkan dahulu, apakah dasar motivasi kita. Adakah cukup sekadar kita mengejar kekayaan?

Baru-baru ini melalui gengultra, saya bertemu dengan ramai usahawan Melayu. Satu senario yang jarang untuk saya temui kerana latar belakang saya ialah jurutera. Pertemuan dengan mereka ini paling membuka minda saya. Mereka menggalakkan solat, berdoa dan sangat yakin dengan bantuan Allah. Satu amalan yang jarang kita dengar dari buku marketing dan sales.

Mula dari itu, saya mula memahami, keberkatan itu penting dalam usaha mencari kekayaan. Satu lagi dasar yang penting ialah kesihatan. Baru-baru ini tokoh besar PAS meninggal dunia akibat masalah jantung. Kepakaran California, US pun masih tidak dapat menyembuhkan kita dari penyakit 'maut'.


Jadi kita sebagai individu harus mencari keseimbangan antara keberkatan, kesihatan dan kekayaan. Apabila dasar kita sudah betul, barulah apa yang kita kejar menjadi lebih jelas.

0 ulasan:

Catat Ulasan