Nama saya Muhammad Amir Arif. Umur saya pada 2017 ialah 27. Berasal dari Cheras, Kuala Lumpur. Abang sulung dari empat orang adik beradik. Suka bermain game komputer Dota 2 dan membaca.
Saya suka membaca mengenai apa sahaja. Untuk blog ini, saya akan kongsikan apa yang telah saya baca mengenai ekonomi dunia dan pengurusan wang peribadi. Mungkin juga sedikit mengenai pelaburan.
Blog ini adalah permulaan saya untuk membantu orang dalam dunia kewangan. Untuk pengetahuan saya juga salah seorang dari gengultra. Fenomena yang bakal melanda dunia perniagaan.
Tagline "Bantu dulu sebelum dibantu" bukan lah milik saya, tetapi milik ketua gengultra iaitu Ku Addly Fazly atau Bro Ku. Saya salah seorang yang akan mendukung tagline ini.
Selamat berkenalan. Semoga perjalanan kita semakin menarik dan rezeki kita akan sama-sama bertambah.


0 ulasan:
Catat Ulasan