Assalamualaikum
Sekarang ni dah banyak seminar ditawarkan di pasaran. Masa saya di universiti, seminar yg paling saya cari ialah mengenai kewangan dan keagamaan. Kebanyakkan seminar adalah percuma, yg berbayar mmg memberikan bulan bintang kepada peserta.
Kemudian apabila tamat, di awal kerjaya saya, saya mengenali seminar baru, NLP dan magnet kekayaan. Kemudian di puncak kerjaya saya, saya mencari seminar hartanah dan perniagaan.
Yang menariknya, semasa saya bekerja, saya tak pergi pun seminar itu semua. Apabila saya nekad utk berniaga, baru ratusan duit saya digunakan utk menghadiri seminar.
Paling baru saya menghadiri utratalk di markaz dan di mana awal paginya saya menyertai lawatan berbayar ke bursa.
Jadi, apa nilai ilmu dan pengalaman sy pelajari? Bagaimana nak tahu seminar itu berbaloi? Adakah kita mengharapkan seminar rm120 mendatangkan pulangan ribuan ringgit? Baru kita nak cop ia berbaloi?
Nilai ilmu tu pada kita. Kita yg meletakkan harga kepada apa yg kita pelajari





